Anugerah bintang popular berita harian menutup tirai semalam dan kita melihat ramai selebriti-selebriti popular merangkul hadiah kemenangan masing-masing. Tidak terkecuali Johan Raja Lawak diumumkan sebagai pemenang kategori penyampai radio paling popular.
Yang paling hangat yang dibualkan di media-media sosial Johan Raja Lawak bercium dengan isterinya pelakon Ozlynn di khalayak selepas diumumkan pemenang kategori penyampai radio paling popular. Adegan itu disaksikan secara langsung melalui TV3
Tindakan pasangan tersebut dikencam di media-media sosial kerana peminat berpendapat walaupun mereka suami isteri perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana menjaga adab Islam dan kesopanan di negara Malaysia lebih-lebih lagi adegan tersebut disaksikan secara siaran langsung di TV3 dan dilihat berjuta rakyat malaysia di semua peringkat umur.
Oleh demikian Johan raja Lawak ada cara dan jawapan tersendiri kenapa dia berbuat demikian. melalui malaysiandigest johan dalam satu kenyataan berkata beliau tidak ambil pusing dengan kritikan dan anggapan orang ramai terhadap dirinya dan menyatakan ianya tidak salah jika berbuat demikian.
Tindakan itu berlaku cara spontan dan dia mahu berkongsi kegembiraan bersama isterinya ozlynn. jelas johan lagi isterinya merupakan individu di sebalik kejayaan dirinya
"Apa pun yang jadi, isteri saya ada di sisi saya selama 24 jam. Isteri saya orang pertama yang tahu segala apa yang saya capai.
"Saya berkongsi semua dengan isteri saya, susah senang dan dia sentiasa ada di sisi.
"Saya tidak kisah dengan tanggapan orang dan apa yang orang mahu kata sebab dia isteri saya, Jadi, tiada masalah melainkan jika kami belum berkahwin atau dia bukan isteri saya," bidasnya.
Tetapi peminat tetap mengatakan tindakan tersebut mengikut budaya barat dan terlalu keterlaluan untuk rakyat malaysia yang lebih ketimuran.
No comments:
Post a Comment