NAMA Elizabeth Tan barangkali bukanlah lagi asing di kalangan penggemar laman sosial Youtube. Gadis berbangsa Cina ini, menjadi perhatian ramai seperti di awal kemunculan Yuna, Najwa Latif dan Ainan Tasneem yang juga turut menjadi perhatian menerusi laman Youtube.
Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini, mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu cover Havoc, yang juga nyanyian asal Joe Flizzow sekitar akhir tahun lalu.
Bahkan kini, sudah lebih 700,000 pengguna Youtube menyaksikan video cover tersebut dan rata-rata memuji Elizabeth kerana suaranya persis Yunalis Zarai atau Yuna.
Menurut Elizabeth menerusi satu temu bual bersama seorang blogger terkenal baru-baru ini, dia tidak menyangka lagu Havoc yang dinyanyikan semula itu menerima sambutan ramai.
"Selepas video tersebut di muat naik, ramai syarikat rakaman yang menhubungi saya bagi menjadikan saya artis rakaman, tapi saya masih belum membuat sebarang keputusan lagi," katanya.
Biarpun disamakan dengan Yuna, Elizabeth sebenarnya mempunyai 'tone' yang tersendiri yang mampu memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang ternanti-nantikan album dari gadis yang kini sedang menuntut di Texas, Amerika Syarikat ini.
Hanya dengan berbekalkan sebuah ukulele, Elizabeth mampu menyampaikan lagu-lagu cover dengan begitu baik dan antara lagu cover yang sudah dihasilkannya adalah lagu Pencuri; nyanyian asal Mark Adam, Kantoi; Zee Avi, Maafkan Aku dan beberapa lagu nyanyian Yuna seperti Terukir Di Bintang, Deeper Conversation dan banyak lagi lagu lain.
Antara kelebihan lain yang terdapat pada Elizabeth adalah kefasihannya bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik dan turut menyanyikan banyak lagu Melayu membuatkan, ramai peminat mudah mendekatinya.
No comments:
Post a Comment