Meskipun kelakuan buli-membuli ini dikatakan lebih sinonim dengan pelajar lelaki,namun pelajar perempuan tidak terkecuali,bahkan aksi buli mereka lebih ‘ekstrem’ jika hendak dibandingkan dengan rakaman video buli sebelum ini
Menerusi laman sosial Facebook,sebuah video berdurasi 11 minit 9 saat dan tidak diketahui status kejadiannya adakah sudah lama ataupun baharu memaparkan sekumpulan pelajar perempuan yang tidak dapat dipastikan dari sekolah mana,telah membuli seorang pelajar perempuan lain
Mangsa diperlakukan dengan begitu teruk sekali,pembuli seolah-olah hilang perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia sehingga sangup menyuruh mangsa menjilat stokin yang masih disarungkan di kaki mereka
Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dipukul dan rambut mangsa dipotong dengan fesyen yang mahu memalukan mangsa
Penderitaan mangsa yang dilihat sudah tidak berdaya itu belum berakhir lagi,wajah mangsa disapukan dengan kotoran habuk di sekitar kawasan insiden dengan menggunakan stokin
Mulut mangsa turut disumbatkan dengan stokin terbabit dan dipekup pula, sehinggakan mangsa seperti kesesakan nafas diperlakukan oleh pembuli yang boleh diklasifikasikan sebagai kejam
Pengguna laman sosial Facebook yang menonton video itu,rata-ratanya mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusian itu dan mahukan pelajar yang membuli itu di siasat dan dikenakan tindakan oleh pihak yang berwajib
MYsumber difahamkan kes buli ini telah berjaya diselesaikan oleh pihak berkuasa,dibawah adalah petikan laporan mengenai perkara ini
No comments:
Post a Comment